Apa itu TOT?

Platform untuk permindahan teknologi/perkhidmatan hasil aktiviti R&D MPOB kepada penggiat industri, usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). MPOB menyediakan peluang perniagaan kepada penggiat industri dalam sektor sawit dan usahawan PMKS untuk menjana pendapatan melalui pengkomersialan teknologi berasaskan sawit.

Bagaimana TOT Memberi Manfaat Kepada Anda?

MPOB komited menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan teknologi baharu yang memberi manfaat kepada industri sawit Malaysia. Sehingga Julai 2024, sejumlah 355 teknologi dan 195 perkhidmatan telah sedia untuk dikomersialkan dan digunapakai oleh pihak industri dan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

MPOB mengalu-alukan semua usahawan PMKS dan penggiat industri sawit bagi merebut peluang keemasan ini untuk menjadi usahawan teknologi MPOB dan memanfaatkan pertumbuhan berterusan industri sawit negara.

En. Mohamad Fairus Mohd Hidzir

+603-8769 4574

En. Syed Mohd Hazry Syed Hamid

+603-8769 4605
E-mel: tot@mpob.gov.my