TOT SARAWAK 2024

Apa itu TOT Sarawak

Program Pemindahan Teknologi Sawit (TOT) Sarawak 2024 merupakan satu cetusan platform permindahan teknologi/perkhidmatan hasil aktiviti R&D MPOB kepada penggiat industri dan usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) khusus bagi negeri Sarawak. TOT Sarawak 2024 menyediakan peluang untuk menjana perniagaan melalui pengkomersialan teknologi berasaskan sawit sama ada dari sektor huluan, pertengahan, dan hiliran kepada penggiat industri dan usahawan PMKS di Sarawak.

Bagaimana TOT Sarawak 2024 dapat memberi manfaat kepada anda?

Semenjak awal penubuhannya, MPOB komited menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi penghasilan teknologi baharu yang memberi manfaat kepada industri sawit Malaysia. Sehingga Julai 2024, sejumlah 355 teknologi dan 195 perkhidmatan yang sedia untuk dikomersialkan dan diguna pakai oleh pihak industri dan usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Sebagai negeri yang merekodkan keluasan tanaman sawit terbesar negara, Sarawak mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk menerapkan teknologi MPOB dalam rantaian pengeluaran sawit sama ada di ladang, kilang, atau produk hiliran seiring dengan usaha untuk meningkatkan hasil sawit negara dan sekali gus meningkatkan pendapatan rakyat di negeri Sarawak. Ayuh Semua! MPOB mengalu-alukan semua usahawan PMKS dan penggiat industri sawit di Sarawak untuk merebut peluang keemasan ini dengan menjadi usahawan teknologi MPOB dan memanfaatkan pertumbuhan industri sawit negara secara berterusan dan mampan.

Pengumuman

Pakej Tajaan

Jumpa kitak orang di sia...

Isnin | 14 Oktober 2024 | Pusat Konvensyen CIDB Sarawak